27 January 2022

MOHON MAAF - VIDA HARAP DAPAT JUMPA 'IN PERSON' DENGAN ANUAR ZAIN



"Saya mohon maaf atas kekhilafan, atas kekeliruan, atas mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain, saya mohon maaf banyak- banyak. Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh 'recall' balik apa yang saya cakapkan itu kerana benda sudah lama.

"Jadi, baru sekarang ini muncul. Jadi, apapun saya minta maaf kerana saya tidak berniat langsung dan saya sangat-sangat meminati Anuar Zain," kata usahawan sensasi dan kontroversi, Datuk Seri Vida yang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal, Anuar Zain dan keluarga termasuk seluruh rakyat Malaysia kerana mendakwa penyanyi itu 'gay'.

Mengakui dia adalah peminat setia Anuar Zain, Vida menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 49 saat dimuat naik di Instagram itu berkata, dia memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan berlaku disebabkan tutur katanya yang mengguris hati banyak pihak.

Dalam masa sama, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman juga berharap dia dapat berjumpa 'in person' dengan Anuar bagi berkongsi hasrat besarnya termasuk projek besar juga untuk penyanyi terbabit.

Klik untuk gambar besar




KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: