28 January 2022

ANAK POSITIF C0V1D - IF RAZIAH MOHON DOA



"Mohon tolong doakan kesihatan anak Miss Diva, Aqili segera pulih seperti sedia kala. Dia kini disahkan positif Covid-19 dan jangkitan berpunca di sekolahnya," tulis pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah yang memaklumkan anaknya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 17, kini positif C0V1D.

Ifa yang menggelarkan dirinya Miss Diva menerusi satu hantaran di Facebook berkata, anaknya mendapat jangkitan virus itu dari sekolahnya. Dalam hantaran sama, Ifa berkongsi bagaimana Aqili mengalami beberapa gejala sejak semalam.

"Kejadian berlaku selepas dia balik dari sekolah semalam. Aqili mengalami sakit tekak dan selepas membuat ujian RTK di klinik, terbukti dia positif.

Klik untuk gambar besar



"Luluh hati Miss Diva sebagai ibu apabila melihat Aqili dijangkiti virus ini. Kami sekeluarga semuanya negatif selepas melakukan ujian RTK kecuali Aqili seorang saja. Sekarang, Aqili diasingkan dan duduk dalam biliknya. Dia dipantau oleh kami sekeluarga," katanya lagi.

Ifa juga menitipkan pesan kepada Aqili supaya tidak meninggalkan solat di samping berdoa supaya diberikan kesembuhan: "Mama tahu adik kuat dan jangan lupa solat dan berdoa minta kepada Allah SWT cepat sembuhkan adik. Mulai hari ini, kami sekeluarga akan kuarantin selama 14 hari di rumah. Semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amin," tuturnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: