28 January 2022

BILA IQBAL DAKWA VIDA ADA PENYAKIT KECELARUAN PERSONALITI: "MEMBUATKAN MANGSA SENGSARA..."



"Kalian tak sedarkah beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri? NPD adalah orang yang suka memanipulasi, menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran.

"Kadang orang berpenyakit ni tidak sedar dirinya sedang berbohong. Suka berfantasi dirinya paling berkuasa. Orang yang mengalami masalah mental ini akan membuatkan mangsa sengsara jika tidak dapat apa yang diinginkan," kata usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli yang menyifatkan mogul kosmetik itu mempunyai penyakit kecelaruan personaliti narsistik (NPD).

Menyatakan beberapa sindrom yang dialami individu yang berdepan dengan kecelaruan personaliti ini, kata Iqbal bekas majikannya itu antaranya kerap membuli orang demi kepentingan diri sendiri.

Iqbal tampil bersuara selepas tular kontroversi Vida terlepas cakap ketika sesi IG Live baru-baru ini yang melabelkan penyanyi popular Anuar Zain seorang yang sukakan kaum sejenis. 

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: