28 January 2022

ELAK PENYAKIT AIN - IPPO HAFIZ DEDAH WAJAH ANAK KEDUA SEMINGGU SELEPAS DILAHIRKAN



Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz hari ini telah berkongsi wajah anak keduanya iaitu seminggu selepas dilahirkan pada 20 Januari lalu, selepas merujuk dengan beberapa ustaz dan guru agama.

Ippo ketika dihubungi berkata, mereka memberi pandangan supaya dia hanya berkongsi gambar bayinya seminggu selepas dilahirkan bagi mengelakkan penyakit 'Ain atau gangguan disebabkan oleh pandangan mata yang disertai perasaan iri hati dan dengki.

Meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata keduanya itu, Ippo berkata, setakat ini Ibrahim yang lahir dengan berat 3.7 kilogram itu belum diberikan nama penuh.

"Segala puji bagi Allah SWT, hari Jumaat yang penuh baraqah saya ingin berkongsi, pada 20 Januari 2022, 8.18 malam, bidadari saya Fara Roslan selamat melahirkan putera kedua kami dengan izin Allah. Subhanallah,

Klik untuk gambar besar



"Nama penuh belum ada lagi, tapi nama depannya Ibrahim. Saya serahkan kepada isteri untuk pilih nama belakangnya. Kami memilih nama Ibrahim kerana ketika dia berada di dalam kandungan, kami kerap bercerita mengenai kisah Nabi Ibrahim.

"Semoga dia menjadi seorang individu yang berbakti kepada agama dan semoga kesabaran dia tinggi sama seperti Nabi Ibrahim," kata Ippo yang mendirikan rumah tangga bersama Fara pada 24 Ogos 2019.

Anak mata pertama pasangan ini bernama Yusuf Zahrin Nur yang dilahirkan pada 6 Ogos 2020. Sebelum itu, Ippo juga turut memiliki anak angkat bernama Cinta Rizky Amanda, 5, yang dijaga sejak dilahirkan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: