28 January 2022

ANAK SELAMAT DIBEDAH SELAMA 4 JAM - ERYNNE ERYNNA LUAH SYUKUR



"27 January 2022 | 1:30PM. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selepas 4 jam selesai juga pembedahan Medinah dengan selamat dan jayanya. Subhan'Allah Alhamdulillah. Our deepest thanks to Doctor P. and team, and all the nurses.

"Indeed, we can't thank you all enough. We are truly grateful," demikian tulis pelakon Erynne Erynna yang meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Medinah selamat menjalani pembedahan pada pagi semalam, selepas mengalami masalah pada bahagian buah pinggang.

Menurut Erynne, prosedur pembedahan tersebut memakan masa selama empat jam. Katanya lagi, dia amat berterima kasih kepada pihak doktor dan seluruh petugas hospital kerana telah bertungkus lumus menyelematkan anaknya itu.

Dalam pada itu, pelakon filem '8 Jam' ini turut memaklumkan anak perempuannya itu kini bakal beralih ke fasa pemulihan pula selepas ini.

Klik untuk gambar besar



"Sungguh setiap phase peritnya berbeza tapi syukur semuanya baik baik sahaja, Alhamdulillah. Sekarang Medinah harus tempuhi process untuk pulih pula dimana Erynne berdoa agar process pemulihan Medinah cepat dan baik semuanya, Insya'Allah," katanya lagi.

Dikesempatan itu juga, Erynne turut merakam ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang menunjukkan sokongan dan menitipkan doa buat anaknya itu.

"Dan juga, terima kasih pada seluruh ahli keluarga kami, sahabat kami dan semua yang mendoakan Medinah. Sangatlah kami hargai dan kami juga doa yang baik baik buat semua. May Allah bless and protect all of us, dunya and akhirah, Amin. Sayang dari kami sekeluarga," ujarnya.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga anaknya itu dapat kembali pulih seperti sedia kala.

Sebelum ini, semalam Erynne memaklumkan anak sulungnya itu menderita penyakit 'Duplex Kidney' dan harus segera menjalani pembedahan.

Untuk makluman, Erynne mendirikan rumah tangga bersama Afify Sazali pada 17 April 2019. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya perempuan yang lahir pada tanggal 9 Ogos 2020.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: