28 January 2022

NIKAH 4 FEBRUARI INI - USOP TAK LENA TIDUR FIKIR TOK KADI, TUNANG PULA TERHANTUK PINTU



Nampaknya tidak lama lagi penyanyi Usop Mentor mengakhiri zaman bujangnya apabila kurang seminggu sahaja lagi dia bakal bergelar suami kepada model sambilan Nur Fatihah Md Hashim.

Dek kerana itu, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, berkata dia tidak boleh tidur lena memikirkan hari bahagianya itu. Menjelang pernikahan pada 4 Februari depan, Usop berkata segala persiapan sudah selesai dilakukan oleh kedua-dua pihak.

"Alhamdulillah semua persiapan dah selesai dilakukan dan hanya tunggu hari kejadian sahaja. Sejujurnya makin dekat hari nak nikah, makin rasa gementar pula. Sampai nak tidur malam pun tak lena, saya memikirkan saat-saat nak berdepan tok kadi tu... takut tu memang ada tapi mahu tak mahu saya kena hadap juga.

Klik iuntuk gambar besar



"Kalau nak tahu, mata kiri bakal isteri saya mengalami lebam kerana terhantuk pintu baru-baru ini. Saya dah bawa pergi klinik, syukur tak ada kecederaan teruk. Harap kesan lebam tu cepat sembuh, kalau tak kena tutup dengan mekap la nanti," katanya.

Pada Isnin lalu, pasangan ini mencuri tumpuan peminat apabila foto dan video pra perkahwinan mereka menerima pujian serta mendapat komen positif daripada netizen di media sosial. Dalam perkongsiannya menerusi aplikasi TikTok itu, pasangan ini memilih tema Inggeris dengan mengenakan suit dan gaun merah sedondon.



"Macam-macam komen saya terima daripada netizen... kebanyakannya memuji dan minta kami kahwin cepat-cepat. Alhamdulillah yang positif saya ambil tapi yang negatif tu saya abaikan sahaja. Saya pun tak sempat nak baca dan balas semua komen kerana sibuk menyelesaikan beberapa tugasan kerja sebelum bercuti selama dua minggu.

"Selepas selesai majlis resepsi di pihak lelaki, saya terus pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran drama. Saya mohon peminat doakan semoga urusan kami dipermudahkan ya," ujarnya.

Penyanyi lagu' Lenyap' ini mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu. Kata Usop, dia mengenali Fatihah ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.Dia tertarik dengan Fatihah kerana kecantikan dan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh gadis berusia 25 tahun ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: