03 January 2022

"ANDAI SAYA BERKAHWIN SEMULA, SEBAB UTAMANYA DALAM DEMI ANAK-ANAK" - SHUIB



"Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan.

"Jika saya esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya sudah pun matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam perkahwinan.

"Mereka masih kecil dan perlukan kasih saya seorang ibu. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak," demikian kata pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu yang menjelaskan bahawa ketika ini masih terlalu awal untuk berbicara soal jodoh namun bersikap terbuka mengenai sebarang perancangan Allah untuk dirinya di masa hadapan.

Sudah lebih lima bulan kehilangan isteri tercinta, Shuib berkata dia hanya menyerahkan kepada masa bagi mengubati hati yang masih merindukan Allahyarhamah Siti Sarah sehingga kini.

Klik untuk gambar besar



Kata Shuib, hatinya masih belum terisi dengan kehadiran mana-mana wanita yang telah berjaya mengisi kelompongan yang ada. Meskipun begitu, Shuib ada menetapkan syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membenarkan hatinya dimiliki mana-mana wanita di luar sana.

Ujarnya lagi, sememangnya sudah fitrah untuk seorang manusia untuk berkasih sayang dan ada yang menemani. Shuib memaklumkan bahawa jika dia berkahwin lagi kelak, semuanya adalah disebabkan anak-anak.

Perkembangan lain, Shuib memaklumkan bahawa dia akan kembali sibuk pada tahun ini setelah beberapa bulan berehat kerana perniagaannya akan mula memasuki pasaran antarabangsa seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat, Mekah dan Madinah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: