03 January 2022

RUPANYA SUDAH 17 TAHUN SUAMI HELIZA HELMI NI BELA JANGGUT..!!



Semua sedia maklum Heliza Helmi sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman.

Namun imej janggut suami Heliza yang lurus itu ternyata telah mendapat pelbagai respon daripada warga maya.

Ada diantara netizen yang keliru apabila ingat janggutnya itu sebahagian daripada 'face mask'. Malah, siap ada yang kata janggut Mahadi itu 'rebonding'.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang 'rimas' dengan penampilan Mahadi ini sehingga ada yang meminta usahawan itu agar memotong pendek janggut tersebut supaya tampak lebih kemas dan rapi.

Masih ramai juga yang mungkin tidak mengenali suami Heliza sehingga mengkritik imej tersebut dan turut mempersoal mengapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami.

Klik untuk gambar besar



Selain kritikan, ada yang memuji beliau mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad.

Terbaru, perkongsian daripada seorang pengguna TikTok @produk.muslim.bmf memaklumkan bahawa Mahadi telah menyimpan janggutnya itu sejak 17 tahun yang lalu ketika usianya 22 tahun.

Apa pun, siapa tahu mungkin janggut panjang Mahadi itu buat Heliza jatuh hati... Heh!


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: