03 January 2022

ALIFF AZIZ DIKATA PESERTA KEGEMARAN ASTRO, PERSEMBAHAN KOSONG - INI BIDAS BELLA ASTILLAH



"Selalu cakap Aliff ni kegemaran Astro? Sebab tu dapat lagu senang? Heyy 'come on', sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu menarik. Kalau Aliff ni kegemaran, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan?"

"Pada yang terlalu tak suka Aliff tu, korang (anda) nak macam mana sebenarnya?" itulah ciapan daripada pelakon yang juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah terhadap segelintir pihak yang tidak menyukai suaminya yang terbabit pada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Dalam ciapan berbeza, seorang pengguna akaun Twitter menyifatkan persembahan Aliff kosong.

"Yes suara Aliff Aziz memang sedap. Masa awal persembahan memang suka dengar. Tapi persembahan dia kosong. Bak kata Tok Ram (Datuk Ramli MS) where is the dynamic?" komen pengguna akaun Twitter.

Klik untuk gambar besar



Komen tersebut turut dibalas Bella yang meminta supaya tidak hanya pandai mengutuk saja.

"Excuse me?! Awak tengok tak persembahan tu? Aliff menari. Awak fikir senang ke nak menari sambil menyanyi? Perempuan ni biasanya menari tiada masalah. Tapi macam Aliff dia jangan kata menari tapi TikTok pun tak jadi sebab dia tak reti. Jadi tolong! Jangan tahu nak 'condemn' saja. Cuba awak nyanyi lagu Afgan tu," tulisnya lagi.

Pada konsert minggu ketujuh GV 8 semalam, Aliff menyanyikan lagu 'Pesan Cinta' nyanyian asal Afgan dengan berada di kedudukan kedua selepas mendapat markah keseluruhan 71.90 peratus.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: