03 January 2022

SELIT FOTO IMBASAN DALAM VIDEO '2021 RECAP' - ELISYA SANDHA KINI BERBADAN DUA?



Pelakon Elisya Sandha yang sudah empat bulan mendirikan rumah tangga bersama anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, baru-baru ini telah memuat naik satu video '2021 recap'.

"Syukur Alhamdullilah for everything ❤️ through all the ups and downs I’m blessed. #Hello2022," tulis Elisya sebagai kapsyen video tersebut.

Perkongsian video tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian ramai apabila terselit foto imbasan ultrabunyi.

Klik untuk gambar besar



Namun tidak dapat dipastikan sama ada Elisya kini sedang hamil anak pertama, apabila setakat ini masih tiada pengesahan daripada tuan punya badan mahupun suaminya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada adik pelakon Fasha Sandha ini.

Untuk makluman, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: