05 January 2022

BILA ANDI BERNADEE AJAR BAMBAM GOT7 SEBUT 'MAK KAU HIJAU'



Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee, 30, telah berkongsi video dia mengajar ahli kumpulan dari Korea Selatan iaitu Got7, BamBam menyebut ayat 'Mak Kau Hijau'. Perkongsian penyanyi lagu 'Donde' itu telah menjadi trending di laman sosial, malah nama BamBam turut menjadi trending di Twitter.

Andi bagaimanapun mengakui hanya sekadar gurauan. Ini kerana katanya, video itu dirakam secara spontan dan bukan bertujuan mengajar penyanyi Kpop yang berasal dari Thailand berusia 24 tahun itu dengan ayat tidak baik. Andi yang menjalani penggambaran Master In The House Malaysia bersama BamBam di Korea Selatan itu menyifatkan bintang berkenaan seorang yang sangat merendah diri.

"Video itu dirakam spontan semasa kami menjalani penggambaran program Master In The House Malaysia di Korea Selatan. Saya saja bergurau dengan mengajar dia ayat yang sering digunakan netizen di media sosial. Bukan nak ajar ayat yang tak elok, itu hanya gurau-gurau sahaja.

Klik untuk gambar besar



"Saya pun dah terangkan maksud 'Mak Kau Hijau' itu dan dia hanya gelak-gelak sebab lucu. Sebenarnya dia pun ada ajar bahasa-bahasa kasar dalam bahasa Korea. Saya pun tak sangka video itu menjadi trending dan ramai pula yang komen. Buat masa ini tak ada yang marah pun, mereka turut terhibur tengok BamBam cakap ayat viral itu.

"Dua hari penggambaran bersama BamBam, dia memang sangat humble, dia layan kami sangat baik. Tak ada pun meletakkan dirinya sebagai seorang superstar. Saya memang kagum dengan peribadi BamBam... sangat mudah bekerjasama dengannya, kami berbual bersama, makan bersama dan belajar bahasa masing-masing.


"Kalau nak tengok ayat apa lagi yang saya ajar dia kena tonton program ini nanti. Apa yang saya kongsi di Instagram itu hanya sikit sahaja, lebih banyak yang menarik akan dikongsikan dalam program itu nanti," kata Andi.

Selain Andi, program Master In The House Malaysia yang akan memulakan siaran pada 15 Januari pukul 10 malam, turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan lapan orang 'master' disegani dari Malaysia dan Korea.

Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek dan koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk.


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: