Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah tidak lama bakal menimang cahaya mata kedua mereka yang dijangka akan dilahirkan pada 21 Februari depan.
Ezzaty yang kini sedang hamil lapan bulan itu berkata, dia dan suami sudah membuat persiapan menyambut anak lelakinya di rumah baharu mereka di Puncak Alam, Selangor.
"Kami baru settle beli semua barang baby tiga hari lepas sebab sebelum ini busy dengan shooting, lepas tu nak pindah rumah pula. Bila dah masuk rumah baru, masa itu la baru tersedar barang baby dan keperluan untuk dibawa ke hospital tak beli lagi. Due date dalam 21 Februari macam tu, tapi bila check ni baby dah turun. Jadi saya takut kalau dia keluar awal," katanya kepada mStar.
Ezzaty turut memaklumkan berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto dirinya bersama suami dan anak perempuannya, Harum Dalia. Dalam kapsyen tersebut, Ezzaty memberitahu bahawa bilangan ahli keluarga mereka akan bertambah pada bulan hadapan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, berkongsi lanjut tentang kehamilannya, Ezzaty berkata, dia tidak mengidam sebarang makanan tetapi mengalami alahan yang teruk semasa awal kehamilan. Katanya, dia juga tidak berdaya untuk berdiri mahupun duduk kerana rasa sakit pada bahagian perut.
"Mengidam tak ada sangat, tapi masa empat bulan pertama tu teruk juga rasa tak selesa. Tak boleh berdiri... tak boleh duduk, lima minit berdiri je perut rasa sakit macam gastrik.
"Empat bulan la merana, setiap malam memang susah nak tidur. Pukul 5 pagi baru dapat tidur, Azwan banyak tolong saya jagakan Harum pada waktu itu. Ini kali pertama saya rasa alahan sebegini, sebab waktu mengandungkan Harum dulu semuanya indah belaka macam orang tak pregnant," ujarnya.
Sementara itu, pelakon drama 'Rahimah Tanpa Rahim' ini berharap agar proses kelahiran anak kedua ini dipermudahkan sama seperti cahaya mata sulungnya.
"Anak kedua saya ini lelaki. InshaAllah... sebab dah sembilan kali scan pun masih nampak jantinanya lelaki. Kami sudah ada beberapa nama pilihan, kena tunggu baby dah keluar dan tengok muka dia baru la boleh pilih mana yang sesuai.
"Saya harap kelahiran kali ini juga dipermudahkan sama seperti dengan Harum dulu, masa tu saya tak rasa contraction semua. Kalau Allah bagi saya lalui perasaan itu sekali lagi memang rezeki," tuturnya.
Untuk makluman, Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
________________________
No comments:
Post a Comment