24 January 2022

BILA JAKET MERAH ALIFF AZIZ KETIKA 'BATTLE' SAMA DENGAN MICHAEL ANG



Persalinan jaket merah yang dipakai oleh juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz ketika pusingan 'battle' bersama Aweera mempersembahkan lagu 'Bangun' nyanyian asal oleh Aman RA di pentas akhir, malam tadi, telah mencuri perhatian ramai.

Ini kerana jaket merah yang dipakai Aliff itu dikatakan seakan sama seperti pengarah dan penerbit, Michael Ang dalam muzik video (MV) lagu single pertamanya 'Cinta Atau Propa'.

Berhubung persamaan tersebut, Michael tampil memberikan respon dengan menjelaskan pakaian tersebut diberikan kepadanya oleh seorang penata gaya untuk menjayakan muzik video berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Salam semua. Tak baik Cakap pakai baju I. Baju tu pun stylist i @abushaefhamza pinjam from @neonate.company for my MTV. Tak salah and bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua kita beli. Baju pinjam aje.

"Luv u all n be safe. Anyway Aliff pakai lagi elok dari I pakai! Hehe… jujur ya bukan nak jadi sarcastic ya!" tulis Michael menerusi di akaun Instagram miliknya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: