24 January 2022

AKTIVIS TANGGUNG MALU - NABILA HUDA DITUNTUT BAYAR RM900,000 SERTA MOHON MAAF



"Tindakan aktres itu (Nabila Huda) membuat berita palsu telah membuatkan ramai pengguna media sosial percaya dan memberi kesan kepada Fatimah," itulah ujar peguam Nurul Hafidzah Hassan dalam satu kenyataan dan turut memaklumkan anak guamnya menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900,000.

Tuntut tersebut dibuat susulan tindakan pelakon Nabil Huda mendakwa seorang wanita menyalah guna barang-barang mangsa banjir, aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim

Menurut Hafidzah, notis tuntutan telah dihantar ke Nabila pada Khamis lalu. Sementara itu, Hafidzah berkata Fatimah mengalami perasaan malu, tekanan emosi dan kesedihan sejak berita itu disebarkan.

Anak guamnya akan memfailkan tuntutan di mahkamah sekiranya tiada sebarang permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM900,000 atau yang setimpal.

Klik untuk gambar besar



Pada 25 Disember lalu, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, berkongsi hantaran di media sosial mendakwa Fatimah mengambil kesempatan terhadap bantuan mangsa banjir untuk orang ramai.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan itu, Nabila didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.

Pada tarikh yang sama, Nabila juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media. Hantaran tersebut bagaimana pun telah dipadam oleh Nabila.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: