24 January 2022

ADIBAH NOOR MAHU BAYAR HUTANG, TEBUS BARANG KEMAS GUNA WANG KEMENANGAN GV8



"Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya tidak malu mengaku tentang hal tersebut. Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas. Selain itu akan simpan sedikit dan jika ada lebih saya mahu bercuti rehatkan diri," kata finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar, 52, yang menduduki tempat keempat itu berkata, dia akan menggunakan wang kemenangan di GV8 untuk membayar hutang dan menebus kembali barang kemas yang digadai ketika tempoh itu, selepas pernah berdepan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, Adibah pernah mendedahkan menjalani kehidupan sukar sepanjang tempoh PKP sehingga dia terpaksa meminjam wang dan menggadai barang kemas demi kesinambungan hidupnya. Dalam pada itu, Adibah berkata, penglibatan dalam program realiti itu mengajar dirinya untuk bersikap terbuka dan tidak cepat menilai.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum ini kata-kata saya berbisa bila menulis di media sosial. Program GV8 membuatkan saya sedar dan tidak lagi bersikap judgemental. Apa sahaja berlaku lebih baik diam dan telan sahaja. Setiap orang ada tuntutan kerja masing-masing, biarlah mereka lakukan kerja mereka. Selain itu GV8 juga membuka mata saya kepada netizen. Saya faham mereka hanya komen dengan apa yang dipersembahkan," jelasnya.

Pada konsert akhir GV8, Adibah menyanyikan lagu 'Seroja' nyanyian asal S. Effendy dan duet bersama Datuk Zainal Abidin dengan lagu 'Kau Di Hatiku'. Manakala pusingan battle pula Adibah berentap dengan Azan Scan menerusi lagu 'Kami Rappers' dari 4U2C.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: