25 January 2022

BILA KREW DEDAH RUTIN ALIFF AZIZ, IMAMKAN SOLAT SEBELUM PERTANDINGAN



Baru-baru ini, tular sebuah video dimana ia memaparkan juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz sedang mengimamkan solat secara berjemaah. Dapat dilihat selain tiga orang jemaah lelaki, turut kelihatan seorang wanita dipercayai isterinya, Bella Astillah.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok dipercayai krew produksi program berkenaan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen positif dengan tindakan Aliff itu yang tidak lupa menunaikan kewajipan walau dimana jua berada.

Klik untuk gambar besar



Malah, ramai yang mengagumi dengan perubahan Aliff meskipun sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi namun hidayah itu milik Allah.

Kata netizen lagi, sebelum ini Allah beri satu demi ujian dan banyak kali penyanyi berasal dari Singapura itu jatuh bangun namun akhirnya kini menjadi menjadi lebih baik.




KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: