24 January 2022

KONGSI KEMESRAAN DENGAN TEMAN LELAKI - MASYA MASYITAH DIDAKWA SUDAH KAHWIN?



"Kalau sudah kahwin bagi tahu sahaja tak elok jadi asbab orang buat fitnah, kita bukan marah, tertanya-tanya je." - "Sepatutnya kalau betul dia dah nikah kena buktikan takut jatuh fitnah," demikian antara komen yang ditinggalkan netizen selepas melihat kemesraan penyanyi remaja, Masya Masyitah bersama teman lelakinya.

Keterbukaan Masya berkongsi video kemesraan berdurasi 18 saat dimuat naik dalam TikTok miliknya mengundang tanda tanya orang ramai, sama ada statusnya gadis cantik berhijab itu sudah bergelar isteri orang.

Menerusi video tersebut, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff dilihat berpegangan tangan dan berdua-duaan bersama seorang jejaka bernama Idris Woon dipercayai teman lelaki penyanyi itu.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata pengguna media sosial bertanya sama ada pelantun lagu 'Hapus' itu sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dipercayai berbangsa Cina terbabit dan menasihati untuk membuat kenyataan kepada umum akan berita gembira tersebut.

Selain itu, terdapat juga segelintir pengguna media sosial menegur juara Ceria Popstar musim kedua itu supaya tidak terus mengunci mulut berkenaan status perkahwinannya itu bagi mengelakkan fitnah dan teka-teki berterusan daripada umum.

Percubaan Kosmo untuk menghubungi Masya bagaimanapun belum berhasil. Terdahulu, penyanyi berusia 22 tahun itu menafikan khabar angin sudah berkahwin pada November lalu namun mengakui hubungan cinta dengan Idris mendapat restu kedua-dua pihak keluarga.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: