25 January 2022

KELLY AZMAN AKUI DAH LALI KECAMAN TERMASUK DARI AZWAN ALI



"Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA, saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama saling mengenali. Apapun saya hanya ingin memberi fokus kepada karier dan buatkan orang ramai terhibur. Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur.

"Saya sudah berada dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak menyangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu. Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar.

"Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan sekarang. Ikhlas saya cakap saya sudah lalui semuanya, macam-macam cerita sudah keluar. Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu, saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.

"Namun, kini tidak lagi kerana ia sudah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari. Kau sanggup ke dengan kecaman?" kata selebriti Kelly Azman yang mengakui sudah lali dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan mengakui tidak terasa dengan ciapan Azwan Ali kerana sudah lama mengenali pengacara sensasi itu.

Klik untuk gambar besar



Azwan, 56, atau dikenali sebagai Diva AA akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu dalam industri hiburan tanah air. Malah, Azwan berkata, ketika ini perasaan geram terhadap perkara atau mereka yang sengaja membuat kontroversi semakin menebal.

Kenyataan Azwan itu juga merujuk kepada isu tular membabitkan ciapan di Twitter yang didakwa mengecam pembabitan seorang juri program realiti All Together Now Malaysia (ATNM) yang ditayangkan tahun lalu di saluran Astro.

Walaupun tidak menyebut secara tepat individu dimaksudkan, namun dalam kalangan warganet ramai menganggap ciapan itu ditujukan pada Kelly Azman berdasarkan ayat 'pakai kanta 3KM'.

Tanpa disangka, kedua-duanya bertemu secara tidak sengaja pada majlis sidang media MIC ON! musim kedua, di sini, baru-baru ini. Menerusi program itu, Azwan bergandingan bersama Issey Fazlisham menggalas tanggungjawab sebagai hos yang akan bermula pada 28 Januari ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: