25 January 2022

DISURUH TAUBAT, JAAFAR ONN ENGGAN HIDUP BERPURA-PURA: "LEMBUT TAPI TAK PERNAH SUSAHKAN ORANG..."



"Ada orang cakap termasuk keluarga terdekat, 'dah usia 70 tahun tak reti nak taubat atau berubah ke'. Nak saya buat macam mana, dah memang saya begini takkan saya nak hidup berpura-pura jadi keras demi puaskan hati orang.

"Orang sibuk kutuk saya jalan menampi padi usia pun dah makin lanjut, saya nak tanya, sempurnakah kalian? Nak cakap apa pun, cakaplah yang penting hanya saya dan Allah saja tahu saya bagaimana," itulah ujar pelakon dan juga personaliti TV senior, Jaafar Onn.

Sudah hampir 50 tahun menyemai bakat, Jaafar atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang mengakui pembawaan dirinya dalam industri sebagai seorang yang lemah-lembut menjadi faktor utama untuk dirinya kekal relevan dalam industri seni sehingga kini.

Jaafar berkata dia tidak mempunyai sebab untuk berubah kerana segalanya adalah pemberian Allah S.W.T untuk dirinya. Tambahnya lagi, tidak perlu untuk menjadi berpura-pura semata-mata hanya untuk memuaskan kehendak dan keperluan masyarakat.

Klik untuk gambar besar



Kata pelakon drama komedi 'Cili Api' ini lagi, dia tidak pernah menyusahkan orang meskipun berperwatakan lembut dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan rezeki serta kesihatan yang baik.

Jelasnya, segala kritikan yang dilemparkan tidak pernah menjadi kudis dalam hati dan menganggap setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Perkembangan terkini, Jaafar bakal muncul dalam sebuah sitkom terbitan RTM berjudul 'Apartmen Putra' yang akan ditayangkan tidak lama sahaja lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: