Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang ketika sedang hangat diperkatakan. Juri tetap program tersebut, Datuk Ramli MS menerusi ruangan komen di Instagram telah menjawab soalan peminat yang bertanyakan kenapa Niki Palikat tidak menjadi juara, sebaliknya Aliff Aziz yang memegang gelaran berkenaan.
Pengguna laman sosial terbabit, @yanaothman_offcial bertanya, 'Tok Ram (Ramli MS) why (kenapa) Nikki (Nikki Palikat) tak juara, sampai hati'.
Jawab Tok Ram, keputusan peringkat akhir GV8 yang berlangsung kelmarin itu adalah majoriti mutlak: "Astro GV (Gegar Vaganza) tu bukan apak (bapa) saya punya. Ada empat juri yang bagi markah. Kena hormat nombor-nombor itu, majoriti mutlak. Ketua juri tak boleh tukar markah juri lain."
Dalam masa sama, seorang lagi pengguna lain secara berseloroh meninggalkan komen supaya tidak bertanya soalan berkenaan kerana bimbang Tok Ram marah dan mengamuk: "@yanaothman_official jangan tanya nanti Tok mengamuk," tulis pengguna itu.
Klik untuk gambar besar
Malah, komen itu dibalas suami kepada penyanyi Alyah itu yang menyifatkan masih ramai tidak faham mengenai penjurian.
"Takda makna nak ngamuk (mengamuk). Benda nyata, kadang orang tak faham. GV tidak menjuri apa pemberian Tuhan, 'such' warna suara, tingginya, 'ranges' suara, muka cantik dan suara kuat.
"Dalam suara ada seni dan teknikal. Kena guna data yang ada di minda tu. Kalau tak Aweera yang suara kuat, tinggi atau Nikki menang tanpa bertanding," jawabnya dengan meletakkan emoji ketawa.
________________________
No comments:
Post a Comment