17 January 2022

BILA NETIZEN 'USIK' SHARNAAZ YANG RISAUKAN AZIRA SHAFINAZ 'BERJEMUR'



Baru-baru ini menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz memuat naik gambarnya yang sedang berada di tepi pantai. Pada ruangan kapsyen Azira berkata: "Bawak diri jap.

Menariknya, pada ruangan komen, pelakon Sharnaaz Ahmad ada meninggalkan respon: "Panas tu cik kak, gelap satgi". Respon Sharnaaz itu mendapat perhatian netizen yang tampil mengusik pelakon itu.

"Tak fahamlah mamu, try masuk meminang." - "Sekali yang ambik gambar tu mamu jugak." - "Gelap pun mamu sayang," antara komen-komen netizen dengan terhibur dengan

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Sharnaaz dan Azira digosipkan sedang menjalani hubungan istimewa. Bagaimanapun, masing-masing tidak mengaku tentang gosip yang bertebaran itu.

Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik.

Kata Sharnaaz lagi, yang terbaik itu bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk Jebat dan masa depan anaknya, Jebat Jayden Ahmad.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: