18 January 2022

SERA MASIH DIPUJUK SHUK?



Sejak kebelakangan ini, penampilan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mendapat perhatian ramai apabila dia dilihat tampil langsing selepas berjaya menurunkan berat badan lebih 10 kilogram.

Terbaru, perkongsian Sera di Insta Story mencetus tanda tanya apabila Sera dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada Shuk berserta emoji love serta mengatakan anak-anak mereka turut gembira.

Sementara itu, Sera turut berkongsikan beberapa paparan mesej daripada seorang individu dipercayai daripada suaminya. Mesej tersebut seolah memberi gambaran individu tersebut memohon maaf di atas apa yang terjadi serta meminta peluang untuk bersatu semula.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, individu berkenaan turut memintanya supaya tidak terlalu cantik sangat serta tidak melayan mesej di Instagram daripada orang yang tidak dikenali.

Sebelum ini, rumah tangga Shuk sering menjadi perhatian ramai. Ini adalah selepas isterinya kerap kali berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Pada November tahun lalu, Sera mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: