04 January 2022

BILA NYANYIAN AWEERA BERSAMA HETTY KOES ENDANG VIRAL SAMPAI KE INDONESIA



"Dua-duanya punya suara yang menggelegar luar biasa. Petjah banget ni, Aweera x Hetty Koes Endang," demikian tulis pengendali akaun Indomusikgram yang mempunyai jumlah pengikut sebanyak 1.8 juta.

Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) iaitu Aweera telah mencuri tumpuan ramai apabila video dia membawakan lagu 'Fantasia Bulan Madu' nyanyian asal Search ketika sesi penjurian Ahad lalu, sehingga tular di media sosial.

Bukan saja di Malaysia, malah sedutan video nyanyian Aweera itu turut menjadi perbualan 'hangat' di Indonesia. Susulan daripada rakaman itu, posting berkenaan terus 'dibanjiri' dengan komen netizen daripada negara jiran itu.

Menerusi pemantauan, rata-rata netizen Indonesia meluahkan rasa kagum mereka dengan suara bernada tinggi Aweera. Selain itu, tidak kurang juga yang memuji juri tetap Hetty Koes Endang kerana pandai mencari kelebihan Aweera dengan memberi cabaran menyanyikan lagu 'berhantu' Search itu.

Klik untuk gambar besar



"Merinding, gi mana Aweera boleh tarik nada tinggi sambil tersenyum". - "Karen, di sana udah boleh ada penonton". - "Keran banget itu suara," tulis beberapa netizen.

Tidak cukup dengan itu, vokalis kumpulan Gigi Armand Maulana juga turut meninggalkan komen: "Hahaha puas siahhhh di marahin ku Teh @hke57 mahh," katanya.

Untuk makluman, pada konsert ketujuh GV8 Ahad lalu, Aweera memperoleh markah sebanyak 57.5%. Aweera yang membawakan lagu 'Noktah Cinta' nyanyian Hafiz Suip itu bagaimanapun hanya mampu berada di kedudukan ke tujuh.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: