18 January 2022

BILA PERCUTIAN JANNA NICK & KEKASIH DIPERSOAL: "BILIK ASING-ASING KE?"



Pelakon Janna Nick sering kali berkongsi sebuah video gembira ketika bercuti bersama kekasihnya yang juga pelakon, Dini Schatzmann di luar negara baru-baru ini.

Terkini, Janna menerusi laman Instagram telah berkongsi video dia dan Dini kelihatan ceria menari di beberapa lokasi menarik: "My best travel buddy," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ramai yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan pelakon itu. Namun, ada juga yang seakan tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

"Seronoknya travel merata berdua, bersemut handphone." - "Bilik asing-asing ke?" - "Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah, Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka." - "Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing?" - "Bilik mesti asing-asing kan" -

Klik untuk gambar besar



"Bodo la kalau asing-asing. Kat sana takde JAIS. Peduli apa." - Kat Malaysia ada JAIS ramai je yang tinggal sebumbung," antara komen-komen netizen.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @kissyanick tampil membalas beberapa komen. Menurutnya, kunjungan pasangan itu seperti yang dilihat ramai ini turut disertai pasukan produksi sekitar 16 orang.

Malah menerusi tinjauan, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner ada memaklumkan dia akan ke luar negara atas tujuan kerja pada 14 Disember lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: