18 January 2022

DAKWAAN BEKAS ISTERI 'ABAIKAN' ANAK KETIKA BERCUTI - FIZO OMAR KATA TAK MASUK AKAL



"Tak masuk akal! Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak. Bukan setiap hari dapat jumpa anak, jadi jika dapat bersama saya akan hargai setiap masa yang ada.

"Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia," demikian jawab pelakon Fizo Omar berhubung dakwaan bekas isterinya, Mawar Karim, bahawa dia tidak memberi perhatian terhadap anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di LEGOLAND Malaysia, Johor, Ahad lalu.

Pada Isnin, Mawar berkongsi satu hantaran di Instagramstory luahan sedih anaknya. Menurut Mawar, ada individu menghantar gambar Maryam keseorangan ketika bercuti bersama Fizo sekeluarga di sebuah taman tema di Johor.

Mawar turut memuat naik video Maryam yang menyebut perkataan 'trouble' dan 'sad' ketika disoal sebab dia bersendirian di sana: "Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad," kata Maryam kepada ibunya.

 Klik untuk gambar besar



Jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, berkata, sebagai bapa yang jarang berjumpa anak, dia pastinya memanfaatkan waktu yang ada bersama anaknya itu sebaik mungkin.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Rindu Awak Separuh Nyawa' ini juga menegaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri sangat baik. Dia berharap orang ramai tidak terlalu cepat menilai hanya kerana sekeping gambar atau sebarang dakwaan yang belum tentu sahihnya.

"Maryam rapat dengan isteri saya, sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan. Rasanya tidak perlulah saya membalas sebarang kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar.



"Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya. Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga yakin jika saya tidak bertanggungjawab, Maryam tidak akan rapat dengan saya," tambahnya lagi.

Untuk makluman, Fizo berkahwin kali kedua dengan Fazeera pada Oktober 2021. Fizo mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun, hasil perkahwinan dengan Mawar pada tahun 2013 sebelum bercerai pada 2019.

Sementara itu, Mawar turut menyelar tindakan segelintir pihak yang menuduh dirinya tidak 'move on' apabila memuat naik foto memperlihatkan anaknya keseorangan ketika bercuti bersama Fizo dan isterinya.



Malah, segelintir netizen juga mempertikaikan tindakan Mawar yang dilihat sudah tidak lagi berkongsi foto bersama anak perempuannya itu. Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim berkata, dia bukan sengaja tidak mahu memuat naik foto Maryam di media sosial.

"Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan pergi pada bapanya. Saya bukanlah seorang yang setiap lima minit buat 'live' letak Maryam, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam. Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, setiap hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.

"Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad. Jadi saya pegang kata-kata itu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG official atas nama Mawar Karim bukan Maryam," ujarnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: