07 January 2022

"BUJANG TERLAJAK" - SUAMI HELIZA HELMI NAFI DAKWAAN DIRINYA DUDA



Kisah penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersama suaminya, seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih menjadi bahan bualan ramai di media sosial, sejak pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Meninjau ke ruangan komen gambar dan video pernikahan pasangan baharu ini yang dimuat naik ke media sosial, rata-rata orang ramai mendakwa suami Heliza itu merupakan seorang duda dan perkahwinan bersama Heliza adalah kali yang kedua.

Bagaimanapun, Mahadi tampil menjelaskan status sebenar beliau menerusi sebuah rancangan televisyen hari ini bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang diberikan oleh orang ramai.

"Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang. Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri," katanya yang juga berharap orang ramai sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka agar kekal hingga ke Jannah.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: