07 January 2022

VIDA MINTA MAAF KUNJUNGI RUMAH ASHIRA & BAD PADA 3 PAGI, HULUR BANTUAN



"Tuan rumah, minta maaf, pukul 3 pagi juga kita sampai rumah, walaupun niatnya baik nak bagi Ashira tak payah cuci pinggan lagi. Tak tahu lah tuan rumah nak cakap apa.

"Saya datang melawat Ashira dan Bad ni, pada mulanya saya ingatkan Bad seorang yang serius, tapi sebenarnya boleh masuk Maharaja Lawak lah! Boleh masuk sebab memang lawak sungguh orangnya.

"Saya cabar Maharaja Lawak untuk ambil Bad, patut bagi job dekat Bad lah," itulah kata usahawan kontroversi Datuk Seri Vida (DSV) menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya dimana dia meminta maaf kepada pasangan penyanyi Ashira dan Bad Indigo apabila mengunjungi rumah mereka pada jam 3 pagi baru-baru ini.

Vida datang ke rumah pasangan tersebut untuk meluahkan pandangannya bahawa Ashira tidak perlu bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran milik rakannya seperti yang tular sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Ashira yang menyambut kedatangan Vida itu membalas dengan berseloroh: "DSV ni memang suka kacau orang lewat lewat macam ini ya? Pukul 3 pagi," ujarnya.

Kemudian Vida menyambung, katanya Ashira boleh mencuba cara atau jalan lain selain bekerja membasuh pinggan: "Saya rasa tak layak Ashira cuci pinggan, jangan cuci pinggan lah Ashira, saya datang ni membawa hajat, hajatnya jangan cuci pinggan, Insya-Allah kita ada jalan, faham tak Ashira?" tambahnya.

Dalam video itu juga, Vida telah menghulurkan bantuan seikhlas hati dalam dua sampul surat yang dihulurkan kepada pasangan tersebut.

Terdahulu, Vida meluahkan hasratnya untuk menghubungi Ashira dan Bad untuk membantu pasangan tersebut, tambahan lagi Bad kini sedang mengalami masalah kesihatan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: