28 January 2022

DEDAH SUAMI TIDUR BERDENGKUR - NETIZEN KRITIK UQASHA BUKA AIB SUAMI



Pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose nampaknya sudah hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga. Baru-baru ini, menerusi temubual bersama Hlive, Uqasha mendedahkan rahsia Kamal sepanjang mereka bersama sebagai suami isteri.

Tambah Uqasha, dia tidak menyangka apabila mendengar bunyi dengkuran suaminya ketika tidur dan mengakui terkejut. Lebih lucu, Uqasha turut melakonkan semula bunyi Kamal berdengkur namun menganggap ia lucu apabila suaminya menghasilkan bunyi kuat seperti itu.

"Kalau tidur, dia dengkur (sambil menghasilkan bunyi). Pastu saya macam..(mampu tengok sahaja)," kata Uqasha yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan pasangan itu yang sememangnya kelakar.

Dalam pada itu, ada yang mengkritik Uqasha seolah membuka aib suami, namun Kamal dilihat meninggalkan komen bahawa dia sendiri yang minta untuk ceritakan perkara itu.

Klik untuk gambar besar



"Aduh ni dah masuk aib suami. Cerita dalam kain tak boleh cerita tau Sha. Hope lepas ni jangan buat lagi ok." - "Ya Allah.. tu pun nak kena bagitahu ke?? Omaigad.. simpan la untuk korg tak xpyh nak bgtau umum. Dari kitorg xtau jd tau... diam2 suda la," antara kritikan netizen.

"Yesss my dengkur!! Apa pulak aib nyaa korang ni.. Suami yang suruh cerita part tuu hahaha.. rileks laa cik isteri yang terseksa suami dengkur tu hahaha tercekik yang.. ❤️" balas Kamal.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengumumkan mereka sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: