21 January 2022

DEDIKASI ANITA BAHAROM SEMPENA HARI LAHIR ANAK: "NI PIC LAST YEAR CELEBRATE BERLIMA..."



"Sanah Helwah Princess mummy daddy SYIFA DHIA NURINA. Ni pic last year kita celebrate berlima 2021, this year kita berempat. Kita redha yaa sayang. Syifa anak solehah mummy daddy semoga cerah masa depanmu wahai anak.

"Berbaiklah dengan semua manusia tak kira berlatar belakangkan apa. Sekarang kita berempat. Kita jaga kita," tulis pelakon Anita Baharom yang menitipkan dedikasi penuh bermakna bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Syifa Dhia Nurina, baru-baru ini.

Memuat naik foto mereka seisi keluarga yang dirakam tahun lalu bersama suami, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, ucapan yang diberikan ibu kepada si anak cukup mencuri perhatian.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Anita turut mendoakan moga puterinya itu menjadi kakak yang terbaik buat adik beradik yang lain: "Jadilah kakak terbaik buat adik2 dan yang paling penting moga dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat nanti. ameen ya mujib," tulisnya lagi.

Pada 1 Januari lalu, arwah suami Anita yang juga penerbit meninggal dunia di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira jam 8.00 pagi akibat kencing manis.

Selain Syifa, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: