14 January 2022

DIDAKWA BAKAL KAHWIN AHLI POLITIK BERPANGKAT DATUK - INI JAWAB MAYA KARIN



Timbul khabar angin baru-baru ini dimana pelakon Maya Karin dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang individu berpangkat Datuk. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Maya.

Jelas Maya, dia ada berkawan baik dengan individu berpangkat Datuk tetapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Dalam pada itu, Maya berkata dia masih terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga namun buat masa ini dia lebih memilih untuk menambah lebih ramai kenalan.

"Ya, memang kami rapat. Tetapi bukan seperti yang didakwa. Kami hanya berkawan baik. Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul.

Klik untuk gambar besar



"Tentu sekali saya masih mahu berumah tangga. Tetapi sekarang saya hanya menambah lebih ramai kenalan. Meluangkan lebih masa, bertemu kawan baharu meskipun dahulu saya merasakan tiada keperluan. Segan.

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa terbaik untuk saya kenal lebih ramai orang. Tambah jaringan sosial. Jadi, buat masa ini tiada tekanan untuk berkeluarga," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: