"Hukum tayang aurat wanita apa bro? Benar saya mengaku yang Cap buat app jihad dalam pembelajaran dan lain-lain, tetapi kenapa mereka perlu libatkan gadis seksi dalam klip video? Tak perlu dan kalau dia tak masukkan gadis-gadis ini di klip video orang akan tengok juga sebab aku akui lagu mereka hebat.
"Tapi hal itu tidak mengubah fakta yang mereka akan masih dapat dosa akibat menayang aurat wanita dan orang tengok klip video pun dapat dosa. Ia bukan negatif kebanyakan orang tegur sebab Cap sendiri yang cakap dia ni Tiger of Al Quds dan segelintir golongan muda memandang tinggi dirinya.
"Jadi sebab itu Cap perlu tahu mana halal mana haram," tulis netizen yang mempertikaikan muzik video (MV) single terbaharu penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice berjudul 'Ayah'.
Klik untuk gambar besar
Semalam, Caprice telah melancarkan single terbaharunya itu dimana dia berkolaborasi bersama beberapa nama besar lain seperti SonaOne, Zynakal dan TujuLoca.
Menerusi kemas kini di laman Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, tujuannya menerbitkan lagu berkenaan adalah untuk berjihad dan dalam masa sama memberi pengajaran kepada orang. Caprice berkata, dia tidak akan berhenti berjihad meskipun ramai yang menyindir apa yang dia dan rakan-rakannya lakukan.
Menerusi ruangan komen, ada antara yang bersetuju dengan Caprice dan jihad yang dilaungkannya. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dan merasakan apa yang dilakukan Caprice bertentangan dengan ajaran Islam.
________________________
No comments:
Post a Comment