14 January 2022

MAHU NAMA ANAK RINGKAS - IKMAL AMRY & ISTERI PILIH 'CAILIE'



Pada 30 Disember lalu, pelakon Ikmal Amry atau nama sebenarnya, Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 28, dan isterinya, Najla Shamsul Kamar, 23, telah menimang cahaya mata sulungnya mereka yang merupakan bayi perempuan. Pasangan ini sepakat memilih nama 'Cailie' yang membawa maksud kesayangan untuk puteri mereka.

Jelas Ikmal, proses pencarian nama anak tidak begitu sukar kerana dia dan isteri bersama-sama membuat carian di internet. Mahukan pangkal nama anak bermula dengan huruf C dan ringkas, mereka akhirnya menemui nama 'Cailie' yang membawa erti kesayangan dalam bahasa Arab Urdu.

"Nama saya sendiri sudah panjang, jadi nama anak biarlah ringkas seperti nama isteri saya yang hanya mempunyai satu perkataan iaitu Najla..

Klik untuk gambar besar



"Saya dan isteri terjumpa nama 'Cailie' ketika sama-sama mencari nama yang sesuai sebelum kelahirannya. Bagi kami, nama Cailie itu paling unik dan kebetulan saya memang inginkan pangkal nama anak bermula dengan huruf C.

"Saya faham untuk letak nama anak perlu ada maksud yang baik. Jadi, kami membuat carian di internet tentang maksud nama tersebut dan menemui 'Cailie' dalam bahasa Arab Urdu membawa erti kesayangan," ujar Ikmal yang dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.

Ikmal yang mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu memberitahu, sejak bergelar seorang bapa, kehidupan dan sikapnya telah berubah 360 darjah. Tidak hanya lebih sabar dan bersikap matang, rutin hariannya juga berubah.



"Sampai sekarang saya tidak percaya sudah menjadi seorang bapa. Sebelum ini bangun pagi isteri di sebelah, sekarang ada anak. Isteri juga tegur supaya tidak tidur terlalu lasak, jadi saya tidur tidak bergerak-gerak kerana bimbang terkena anak.

"Telefon pun saya sudah jarang sentuh. Bangun pagi sahaja terus tengok anak, dia mahu susu atau ditukar lampin. Saya boleh renung anak selama berjam-jam sebab muka dia sama seperti saya (ketawa).

"Sebenarnya, sendiri terkejut dengan perubahan diri sendiri kerana seorang anak. Anak saya 'Cailie' mengubah saya menjadi seorang lelaki yang lebih baik," tutur Ikmal yang bakal muncul dengan drama bersiri terbaharu berjudul 'Ex Aku Pontianak'.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: