"Bila netizen menilai cara saya berpakaian, itu penilaian masing-masing. Saya tidak boleh mengawal pemikiran orang lain. Wanita yang berpakaian tertutup pun masih menjadi mangsa 'lelaki gatal'. Bahkan, kambing pun boleh kena rogol! Kes melibatkan budak tahfiz pun banyak.
"Jadi saya tidak mahu ambil kisah tentang pemikiran orang lain," itulah respon penyanyi Baby Shima apabila netizen masih menuding jari kepadanya yang mengatakan imej seksi dan menggoda punca dia diganggu dengan mesej berbaur lucah oleh 'lelaki gila seks' dalam Instagram baru-baru ini.
Kata Shima, penilaian netizen terhadap cara dia berpakaian adalah subjektif dan bergantung pada pemikiran mereka sendiri.
Tidak dapat menutup mulut orang yang berkata-kata, Baby Shima memilih untuk enggan ambil peduli demi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas.
Tambahnya, dia mahu mendaki puncak kejayaan berdasarkan prestasi yang baik, bukannya kerana kontroversi murahan. Shima mengakui tidak suka apabila dilabel sebagai artis kontroversi. Bagaimanapun, Shima tidak boleh menidakkan sesuatu perkara yang dia lakukan itu boleh mengundang kecaman (kontroversi).
Klik untuk gambar besar
"Perkara itu berlaku (dikecam) apabila netizen memberikan respons secara berlebihan dan pada masa sama, pihak media pula menjadikan bahan berita sehingga menjadi tular.
"Sebenarnya saya sentiasa dan ingin mencapai prestasi yang baik bukan bersandarkan kisah-kisah kontroversi. Insya-Allah dengan usaha berterusan, saya yakin suatu hari nanti, jika bukan esok atau lusa, saya yakin karya saya akan dikenang selama-lamanya," katanya.
Dalam pada itu, berhubung ada pihak melabelnya sebagai 'artis simbol seks', Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tegas menolak gelaran tersebut.
"Saya tidak suka dengan gelaran itu dan saya tidaklah berpakaian terdedah sana sini. Selagi mereka tidak mengganggu hal peribadi, saya tidak peduli. Kalau ada yang melampau, saya akan suruh peguam selesaikan (saman)," tuturnya.
Sering menjadi mangsa kecaman netizen, penyanyi itu mengakui dia berasa rimas, namun cuba untuk bertenang demi memikirkan tentang kesihatan mentalnya.
"Tetapi pada zaman media sosial hari ini, saya kena hadap juga (kecaman). Sedangkan Perdana Menteri dan mufti pun kena hadap tohmahan dan kejian daripada netizen. Para pendakwah kongsikan kebaikan pun dikecam, siapalah saya kalau hendak dibandingkan dengan mereka," ujar Shima dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.
________________________
No comments:
Post a Comment