"WHI sedikit teguran. Rakyat Malaysia perlukan positiviti, bukan negativiti macam yang you cuba bawa dalam TV. I think, Kak Syira give you tamparan hebat the ending. "Nak salahkan orang ni sorry saya tak layan".
"Bersihkan hati dulu kot dear. Apa yang dalam hati you terlalu menyerlah dekat luaran you. To be honest, you tak menarik mengacara," tulis seorang individu tidak dikenali yang menghantar mesej dan menegur cara pengacaraan Uyaina Asrhad yang dianggap negatif dan meminta agar pelakon dan pengacara itu membersihkan hatinya.
Enggan berdima diri, Uyaina tampil membidas kecaman tersebut yang melabelkan dia sebagai pembawa aura negatif dan bukan pengacara yang baik. Dalam hantarannya di laman Instagram, Uyaina memuat naik luahannya yang selama ini tidak pernah memberi sebarang maklum balas terharap komen negatif yang diterimanya.
Klik untuk gambar besar
Uyaina turut memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya daripada individu itu. Dalam ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Uyaina termasuklah rakan-rakan artis antaranya Wani Kayrie, Bella Dally dan Ramona Zamzam.
Tanpa menyiarkan nama individu itu, pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu secara profesional mengucapkan terima kasih atas teguran yang dilontarkan dan menjelaskan dengan terperinci. Uyaina juga meluahkan rasa keliru dengan tindakan individu itu yang memburukkan tugasnya sebagai pengacara sedangkan dia sudah menggalas tugas itu sejak beberapa tahun lalu.
"Uyaina jarang membalas komen negatif atau komen-komen yang cuba meruntuhkan semangat saya. Pada saya, abaikan adalah jalan terbaik. Tapi, komen kali ini perlukan perhatian. Pertama sekali, terima kasih atas 'teguran'. Di WHI, semua benda kami bincangkan dengan pasukan dan penerbit. Topik yang diberikan membincangkan semua aspek berkaitan dengan topik itu, termasuklah tetamu yang hadir.
"Bukan saya memandai berikan aura negatif seperti yang awak rasa. Kita tak pernah menuding jari kepada sesiapa pun. Kalau ada yang terasa, mungkin kerana siapa makan cili, dia rasa pedas. Mengenai pengacaraan saya yang awak rasa tak menarik, tak apa pun. Saya terima dengan hati terbuka sebab saya tak pernah paksa orang untuk suka pengacaraan saya atau apa.
"Tak faham, kenapa awak kena tulis begini kepada saya sebab nak sakitkan hati saya atau tak tahulah. Mungkin kena periksa hati awak juga. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak," kata isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu.
________________________
No comments:
Post a Comment