25 January 2022

GAUN NIKAH ATHISHA KHAN TIMBUL RASA KURANG SENANG NETIZEN



Semua sedia maklum mengenai adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Athisha Khan yang telah pun selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal, pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, gaun putih yang digayakan personaliti media sosial itu ketika akad nikah telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Seorang usahawan @farrafareez_ ada memuat naik video ketika menghadiri majlis pernikahan itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar



Di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik gaun yang digayakan pengantin itu kerana dikatakan nampak kurang manis di bahagian dada dan tidak sesuai untuk majlis akad nikah.

Kata netizen lebih manis jika Athisha yang juga graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom itu memakai baju kurung tradisional.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: