01 January 2022

HELIZA HELMI KINI SAH BERGELAR ISTERI



Tiada angin tiada ribut... tup-tup penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 35, dikhabarkan sudah pun bergelar isteri apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya seorang ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, pada jam 10 pagi, hari ini.

Pernikahan pasangan ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Difahamkan, suami kepada Heliza ialah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Pendakwah bebas, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff dalam hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan yang berlangsung.

Klik untuk gambar besar



"Tahniah kedua adinda saya kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian. Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan. Esok kita jumpa ya," katanya.

Menerusi hantaran video di Instagram Story jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum akad nikah dijalankan.

"Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik," tuturnya ringkas.
























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: