01 January 2022

TIZ ZAQYAH BERANG DIKAITKAN DENGAN FOTO BOG*L: "KEPALA B***R KAU TU AKU LAHANAT..."



"Kepala b***r kau tu aku lahanat. Fitnah level bangsat. Tengok content (kandungan) dia pun penuh dengan benda-benda lucah.. malay p*rn," itulah kata pelakon Tiz Zaqiyah yang meluahkan rasa kesal dan berang akan tindakan sebuah blog hiburan mengaitkan dirinya dengan foto bogel seorang wanita.

Tiz dalam masa sama menerusi ciapannya di Twitter turut menafikan foto tersebut adalah miliknya. Ciapan Tiz itu telah mendapat perhatian pengikut di laman sosial tersebut yang mahu dia mengambil tindakan terhadap pemilik blog terbabit.

Suami kepada Nora Danish, Nedim Nazri juga antara yang meluahkan rasa marah dengan laporan berita palsu dan melampau tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam artikel yang disiarkan portal berkenaan, Tiz konon-kononnya telah membuat pengakuan bahawa gambar bogel berkenaan adalah dirinya yang dirakam untuk simpanan peribadi.

Menerusi perkongsian semula Tiz, blog tersebut telah memuat naik artikel bertajuk: "Itu gambar saya, macam mana boleh tersebar - Tiz Zaqyah".

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: