01 January 2022

TERUSKAN PERCUTIAN DI HAWAII - CHEF WAN 'TAJA' PERKAHWINAN KETIGA CHEF RIZ



"Tahniah anakku atas perkahwinan ketiganya dan kedua bagi isterinya, Nurul. Kedua-dua mereka datang memohon restu dari saya beberapa minggu sebelum saya berangkat ke Honolulu, Hawaii.

"Disebabkan perancangan ini telah dibuat lebih dua tahun sebelum COVID-19 lagi, saya memutuskan untuk tidak hadir ke perkahwinan mereka dan meneruskan perancangan saya," kata cef selebriti, Datuk Chef Wan mengenai perkahwinan kali ketiga anak lelakinya yang juga seorang Cef iaitu Chef Riz bersama pasangan yang dikenali sebagai Nurul.

Berita gembira itu telah dikongsikan Chef Wan sendiri menerusi hantaran di laman Instagramnya hari ini. Dalam pada itu, maklum Chef Wan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu dan sampai masanya untuk membina mahligai bersama-sama.

"Mereka telah bertunang sejak setahun lalu pun, inilah masalah untuk disatukan sebagai suami isteri. Lagipun ini perkahwinan ketiga anak saya, cukulah asyik kahwinkan anak-anak saya ni! Saya nak meneruskan hidup dengan gembira dan aman damai.

Klik untuk gambar besar



"Semua dah dewasa, pandai-pandailah nak cari kebahagiaan masing-masing pun. Mereka telah mendapat restu saya, baik Serina pun. Dan saya tak mahukan apa-apa daripada mereka melainkan ucapan gembira buat mereka," ujarnya.

Biarpun Chef Wan berada di luar negara untuk bercuti, beliau telah memberikan sejumlah wang tunai untuk anaknya itu meneruskan majlis perkahwinan mereka.

"Saya memberikan sejumlah wang tunai kepada mereka berdua untuk perkahwinan ini. Ingat tu, tak semua ibu bapa akan melakukan hal yang sama dengan menaja 100% perkahwinan mereka. Kahwin kali ketiga pun bapa itu masih bermurah hati.



"Saya cakap kepada anak lelaki saya ketika zaman COVID-19 ni, jangan bazirkan duit pergi bersanding jemput ramai orang dan membazir itu ini. Cukup nikah, keluarga yang datang mewakili saya, itu dah memadai. Bosan saya dengar orang kahwin tak sudah-sudah ni, atau kahwin cerai," jelasnya.

Dalam hantaran sama, Chef Wan turut melantik Chef Riz sebagai eksekutif baharu yang bertindak sebagai ketua cef di kafe miliknya: "Ini sudah dirancang lama pun tapi saya yang tak bersedia untuk memberikan jawatan itu kepadanya sehingga dia membuktikan dia ketua yang bagus.

"Nak kahwin pun kahwinlah, tak usah main-main drama. Bertanggungjawab sebagai individu. Belajar dari kesilapan silam dan jangan membelakangkan emak bapa atau malukan mereka," pesannya.

Untuk makluman, Chef Riz pernah berkahwin dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016. Sebelum itu, Chef Riz berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012 selepas 11 bulan bersama.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: