08 January 2022

IKUT NASIHAT - AYU DAMIT 'PAGAR' RUMAH SELEPAS TERIMA AMARAN DISIHIR, KERAP MIMPI ULAR



Penyanyi Ayu Damit nampaknya mula mengambil langkah untuk 'pagar' rumahnya, selepas beberapa kali mengalami mimpi misteri dan perkara pelik di depan mata.

Walau dia tidak pernah ambil pusing sebelum ini, namun memikirkan keselamatan anak-anak, Ayu atau nama penuhnya Norayu Damit, 33, merasakan perlu ada ikhtiar supaya tidak terjadi perkara buruk.

"Sudah lama sebenarnya mimpi tentang ular yang sama datang ketika tidur. Memang pelik tapi saya tidak pernah ambil pusing. Sejak tahun lalu banyak perkara-perkara pelik yang terjadi di depan mata.

"Sehingga baru-baru ini ular masuk dapur rumah saya. Saya dan suami dapatkan nasihat ustaz dan ambil langkah untuk 'pagar' rumah demi keselamatan anak-anak," cerita Ayu kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Ayu berkata dia berasa trauma dan takut untuk melakukan kerja-kerja di dapur, disebabkan peristiwa yang berlaku itu. Penyanyi lagu 'Hanya Di Mercu' ini juga memberitahu ramai yang menegur ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat gambarnya di media sosial.

"Selepas kejadian itu saya jadi trauma dan menggigil. Jika mahu ke dapur saya akan pandang sekeliling dahulu untuk pastikan semua selamat. Pernah beberapa orang tegur sebelum ini beritahu ada 'sesuatu' pada saya apabila melihat gambar di Instagram. Saya tanya hal ini kepada orang yang lebih arif, mereka katakan itu amaran akan disihir," ujarnya.


Selain sentiasa berhati-hati, Ayu juga mengambil pendekatan tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut kerana kerana mungkin boleh mengganggu urusan hariannya. Ayu dalam pada itu merasa hairan masih ada orang yang mahu berbuat demikian jika benar dirinya disihir.

"Jika rasa takut, saya akan solat. Suami pula akan baca ayat-ayat suci Al-Quran. Kalau boleh saya memang tidak mahu fikir sangat hal ini. Berserah sahaja dan ikhtiar yang terbaik. Bagi saya orang yang masih ke arah perkara mistik ketika kita di zaman moden ini adalah mereka yang mempunyai hasad dengki," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: