08 January 2022

"JIKA SAYA MENANGIS & TERTONGGENG DI RUMAH, TIDAK ADA NETIZEN DATANG..." - JAWAB SHUIB BILA DIPERTIKAI SOAL JODOH



Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu sebelum ini mendedahkan dia kerap diasak dengan soal jodoh oleh ibunya, Salamiah Jalani selepas lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Shuib, 38, menyatakan ibunya risau melihat keadaan dirinya dan dalam masa sama perlu menguruskan empat orang anak yang masih kecil. Akui Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia sedang mengenali seseorang tetapi lebih memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Enggan meletakkan jangka masa bila dia akan 'move on', Shuib sedar netizen mempertikaikan tindakannya bercerita mengenai jodoh namun hakikatnya mereka tidak tahu perasaan sebenar yang dia rasa.

Klik untuk gambar besar



"Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh. Jadi, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja.

"Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak sangat pendapat orang.

"Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika saya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Oh Bulan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: