08 January 2022

DIKECAM TAYANG EMAS DEPAN KAABAH - IFA RAZIAH SELAR NETIZEN



"Apa salahnya? Engkau dekat rumah tengok emak engkau, Pakai gelang emas tidak, solat? Sama kan? Engkau tengok nenek engkau solat, ada pakai gelang emas? Sama sahaja. Aku pergi ke sana pakai gelang emas, ini, siapa yang bagi? Allah yang bagi. Apa masalahnya aku solat, buat ibadah aku pakai ini? Aku nak tunjuk 'Allah engkau bagi dekat aku Allah'.

"Aku tengok perempuan Arab semua pakai emas, tak ada masalah pun. Komen masyarakat Malaysia ini, otak dia, tak betullah. Kurang waraslah. Dalam Islam pun, apa masalah pakai emas. Lelaki tak boleh pakai emas, sutera. Perempuan boleh pakai emas," itulah kata penyanyi dan usahawan Ifa Raziah menerusi satu video di laman Instagram dimana dia menyelar tindakan netizen yang mengecamnya.

Ujar Ifa, tiada masalah untuknya memakai emas ketika mengerjakan ibadah umrah. Dalam pada itu, Ifa turut menegaskan dia ada merujuk pakar agama tentang perkara tersebut dimana ibadah tidak terbatal kerana memakai emas.

Klik untuk gambar besar



"Beliau katakan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita yang memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.

"Malahan ibadah yang dilakukan tidak terbatal hanya kerana memakai emas. Yang paling penting ia bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui," tambahnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: