05 January 2022

INI JAWAPAN HAEL HUSAINI BERHUBUNG DAKWAAN MASUK KELAB GAY



"Sebenarnya benda tu sebab orang tak tahu kenapa kita berada di sana sebab kita tak dibenarkan beritahu apa tujuan kita berada di sana. So pada saya benda tu dah terungkai hari ni. Takpe la, sepanjang saya berada di sana, saya pun tak nak fikir sangat dan saya nak fokus pada Master in The House sahaja," itulah respon penyanyi Hael Husaini.

Menegaskan dia tidak mahu memikirkan isu dakwaan berhibur di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon, Korea Selatan semasa berada di sana sekitar November tahun lalu, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 34, berkata dia tidak dapat menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di Korea memandangkan dia terikat dengan perjanjian penggambaran sebuah program hiburan.

Ekoran daripada dakwaan itu juga, pengurus kepada Hael Husaini dikatakan akan mengambil tindakan terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap pelantun lagu 'Kelentang Kelentung' itu.

Klik untuk gambar besar



"Pasal saman-menyaman, saya tak tahu. Benda-benda yang berlaku itu saya rasa saya dah serahkan pada pihak pengurusan jadi mereka lebih pakar. Saya harus fokus kat sana sebab sepanjang shooting tu daripada pagi ke pagi dan ia memerlukan tumpuan," ujar penyanyi lagu 'Jampi' itu ketika ditemui media di pelancaran program terbaharu Master in The House Malaysia..

Pada November tahun lalu, seorang pelajar Malaysia yang menuntut di sana dikatakan memfitnah penyanyi terbabit berhibur di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon. Bukan itu sahaja, Hael turut difitnah berhibur tanpa menjalani tempoh kuarantin sebaik tiba di negara tersebut.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: