Batuk, selsema serta hilang deria bau... demikian yang dihadapi pelakon Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz yang mengalami simpton tersebut sejak pulang daripada menunaikan umrah pada 1 Disember lalu.
Bimbang dengan simptom C0V1D, Zulin berkata, dia sudah melakukan ujian calitan di lapangan terbang namun masih lagi menunggu keputusan. Pelakon berusia 32 tahun ini juga melakukan ujian calitan rT-PCR atau RTK-Antigen Covid-19 namun mendapati keputusan negatif.
Zulin yang juga seorang penyanyi memberitahu dia menjalani tempoh kuarantin di rumah sejak pulang dari Tanah Suci, Makkah selepas menunaikan umrah pada 21 Disember tahun lalu.
"Saya mula selsema dan sedikit batuk sejak balik daripada Umrah pada 1 Disember lalu. Dah buat swab test dekat lapangan terbang waktu itu. Tapi sampai ke hari ini tak ada lagi dapat keputusan daripada swab test itu. Saya ada juga buat ujian calitan sendiri dekat rumah tapi negatif.
Klik untuk gambar besar
"Semalam, deria bau saya mula hilang. Tapi Alhamdulillah, saya tak demam dan batuk serta selsema pun sudah berkurangan. Buat masa ini, memang saya kuarantin dekat rumah sahaja. Selepas balik dari umrah memang saya terus kuarantin di rumah," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.
Pada Selasa, bekas penyampai radio Suria FM itu memuat naik status memberitahu keadaan dirinya yang sudah hilang deria bau selepas empat hari menjalani kuarantin kendiri. Rata-rata netizen serta rakan selebriti mendoakan agar pelakon drama Penjara Janji itu diberikan kesembuhan cepat.
________________________
No comments:
Post a Comment