25 January 2022

INI RESPON UYAINA BILA FESYEN CLEOPATRA BERTANDUK DIGAYAKANNYA DIKECAM



"Mungkin orang tidak pernah nampak saya berpakaian begitu dan merasa pelik dengan fesyen yang saya gayakan. Bukan pertama kali saya dikecam, malah sebelum ini ada yang lebih teruk lagi. Jadi saya okey sahaja. Apa yang penting adalah suami dan keluarga saya tidak ada masalah tentang hal itu.

"Malah suami sendiri yang tapis dan approve untuk saya memakai baju begitu," itulah kata pelakon dan pengacara Uyaina Arshad apabila busana inspirasi Cleopatra yang digayakannya pada majlis berinai baru-baru ini dikecam hebat dan dianggap tidak menghormati agama.

Bagaimanapun, Uyaina yang melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu itu dengan tenang menjelaskan pakaiannya berkenaan sudah mendapat keizinan daripada suami dan keluarga.

Majlis berinai yang sepatutnya berlangsung sehari sebelum majlis nikah terpaksa di tunda ke 29 Disember lalu disebabkan bencana banjir yang berlaku. Selain busana Uyaina, kehadiran beberapa lelaki pada majlis tersebut juga menjadi persoalan.

Klik untuk gambar besar



"Orang yang tiada di situ tidak tahu apa yang berlaku dan mereka boleh bercakap apa sahaja. Tema pada malam tersebut adalah Arabian Night. Lelaki yang datang itu hanya mengangkat tandu sebagai gimik saya seorang puteri dihantar ke majlis tersebut. Selebihnya hanya kaum wanita sahaja yang ada pada malam tersebut," jelasnya.

Berkongsi kehidupan sebagai isteri, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, memberitahu dia dalam proses membiasakan diri menjalani kehidupan berumah tangga.

"Disebabkan kami sudah berkawan lama jadi rasa kekok itu mungkin senang diatasi. Banyak perkara yang perlu saya belajar terutamanya memasak kerana suami lebih suka makan di rumah. Saya bersyukur sudah berkahwin dan kini hidup bahagia," tuturnya.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: