26 January 2022

INI RESPON ZIANA BILA ADIKNYA, ANUAR ZAIN DIDAKWA 'GAY' OLEH VIDA



"Sangat biadapppppppp," demikianlah tulis penyanyi dan pelakon Ziana Zain menerusi akaun TikTok rasmi miliknya, dimana dia menempelak Datuk Seri Vida selepas usahawan kosmetik itu mendakwa adiknya yang juga penyanyi, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis (gay).

Sebelum ini, menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi sedutan video Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum.

Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu 'Lelaki Ini' itu untuk dijadikan suami. Vida dengan nada berbisik, berkata, "Gay... gay... faham tak?"

Klik untuk gambar besar



Dakwaan tersebut mengundang rasa berang wargamaya yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki tersohor itu. Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut.

Perbuatan tersebut turut menarik perhatian Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, yang kemudiannya meninggalkan komen pada video berkenaan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: