15 January 2022

SITI NORDIANA RASA KELAKAR DIGOSIPKAN DENGAN SHUIB: "NO TELEFON PUN TAK PERNAH ADA..."



"Saya pun tak tahu macam mana benda ini (gosip) ditimbulkan dan video saya ke butik itu boleh jadi 'viral' sebab di antara pihak saya dan butik berkenaan sebenarnya kami sudah sering bekerjasama sebelum ini. Saya datang ke butik terbabit pun bagi membuat baju untuk persembahan. Tak ada kena-mengena langsung dengan tujuan nak tempah baju pengantin seperti yang diusik-usik itu.

"Sebenarnya, nombor telefon Shuib pun saya tak pernah ada selama ini. Jadi, macam manalah kami kena gosip. Memang kelakar usikan netizen ni," kata penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, yang berterima kasih dengan keprihatinan segelintir netizen yang mungkin memang menunggu berita dirinya naik pelamin untuk kali kedua.

Nana yang kini terkait gosip secara tak disangka dengan pelawak Shuib Sepahtu, 37, gara-gara video yang dimuat naik di aplikasi TikTok ketika dia berkunjung ke sebuah butik, baru-baru ini menjadi tular. Bagi Nana, netizen suka mengusik.

Klik untuk gambar besar



Apapun, penyanyi lagu 'Angkara' ini berkata dia okey saja dengan perihal gosip daripada netizen itu kerana sedar ia sebahagian lumrah kehidupannya sebagai artis.

"Insya-Allah, saya okey saja menerima setiap gosip yang muncul ini, asalkan ia tidak keterlaluan. Bagaimanapun, saya bukanlah wanita yang mungkin netizen cuba teka itu," tuturnya.

Untuk makluman, Nana yang lebih sedekad bergelar ibu tunggal, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 sebelum bercerai pada 2009 serta dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 14.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: