15 January 2022

MAHU BANTU REMAJA KAMPUNG JADI NELAYAN - SYAIFUL ZERO GIAT CARI BOT



Pelawak kumpulan Zero dan juga Tiro, Sharif memberitahu abangnya, Syaiful atau popular dipanggil Melati, kini giat mencari bot nelayan untuk membantu golongan remaja di kampungnya di Sabah yang mencari punca pendapatan sebagai nelayan.

Tambah Sharif, inisiatif itu diambil oleh Melati untuk membantu golongan remaja yang mencari peluang pekerjaan sebagai nelayan. Sebagai permulaan, Melati akan mencari bot nelayan yang boleh memuatkan sekitar 18 nelayan dalam satu masa. Selain itu, Sharif juga memaklumkan bahawa abangnya itu kini sibuk juga menguruskan misi bantuan mangsa banjir di Sabah.

"Melati (Syaiful) tak dapat bersama dengan kami di sini sebab dia kini sibuk dengan beberapa urusan antaranya mencari bot nelayan untuk digunakan oleh golongan remaja di kampung kami di Kudat, Sabah.

"Di kampung kami, pekerjaan utama adalah dalam sektor perikanan. Ramai golongan remaja di sana keluar ke laut untuk mencari rezeki sebagai nelayan.

Klik untuk gambar besar



"Kebanyakan mereka selesa mencari rezeki di kampung dan tak berpeluang untuk berhijrah. Jadi, dengan adanya inisiatif daripada Melati, diharap ia dapat membuka peluang pekerjaan buat golongan remaja.

"Ada beberapa misi bantuan yang membabitkan Melati di sana. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami akan adakan satu lagi majlis bersama-sama dengan Melati," ujarnya yang dipetik sebagai berkata.

Selain Sharif dan Syaiful, anggota kumpulan Tiro ini juga turut disertai Danial Zaini. erdahulu, kumpulan Tiro diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) dan berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM500,000 berserta trofi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: