15 January 2022

DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL - NIKKI ADA DUA HARI BUAT PERSEDIAAN SEPARUH AKHIR GV8



"Tadi baru discharger, malam ni rehat and ya saya masih compete. Tahap kesihatan saya semakin baik dan pulih, hope makin baik untuk Ahad ini," jelas bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Nikki Palikat yang berkongsi berita gembira apabila dibenarkan pulang daripada hospital semalam selepas ditahan di wad pada pagi Rabu lalu.

Tambah Nikki, dia masih akan bertanding dalam konsert minggu ke-9 (separuh akhir) GV8, dimana dia bakal menyampaikan lagu 'Puncak Kasih' (Ziana Zain) & 'Ikut Rentakku' (Jaclyn Victor) .

Disebabkan telah ditahan di wad selama beberapa hari, Nikki berkata, dia hanya mempunyai dua hari untuk melakukan persediaan sepatutnya.

Klik untuk gambar besar



"So untuk masa dua hari, saya kena banyak catch up, lepas beberapa hari terlantar di hospital. Banyak kerja yang selalunya Nikki akan take time untuk buat, cuma kali ini kena 'cramp' semua tapi harapnya semakin pulih, sempat la kot," ujarnya.

Nikki sebelum ini terpaksa ditahan di wad atas nasihat doktor kerana badan terlalu lemah. Difahamkan, sejak Selasa, Nikki sudah berasa tidak sedap badan sebelum membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan, esoknya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: