26 January 2022

ISU 'LAMBUNG' ANAK TINGGI-TINGGI - FASHA SANDHA BALAS TEGURAN NETIZEN



Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi momen bertemu dengan anak bongsunya, Aisha Amaira selepas pulang dari kerja.

Dalam video tersebut, Sandha dilihat sedang bermain dengan anaknya yang jelas kelihatan gembira dan gelak tidak berhenti-henti apabila Fasha 'melambungkan' dia ke atas.

"Momen paling best bila balik kerja. Rindu anak2 ibu selalu masa ibu kat tempat kerja. ❤️ #iburayfalrayshaaisha," tulisnya.

Bagaimanapun, tindakan Fasha itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada diantara mereka mempunyai pandangan yang berbeza.

Klik untuk gambar besar



Ada yang berasa 'geram' melihat anak perempuannya itu kerana comel ketika sedang bergelak ketawa tetapi dalam pada itu, ada juga netizen yang menasihati pelakon tersebut agar berhenti membuat aksi sedemikian yang kemungkinan boleh mendatangkan bahaya.

Mereka meminta agar pelakon yang cukup popular dengan filem 'Anak Mami Kembali' itu tidak melambung anaknya tinggi-tinggi kerana bimbang terlepas serta anaknya akan mengalami gegaran otak.

Walaupun dikecam, Fasha sempat mempertahankan dirinya bahawa perbuatan yang dilakukan bersama anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Aidil Aziz itu dijamin keselamatannya supaya tidak terlepas.

"Kena pastikan u fokus, fokus sama macam sedang mendukung. Mendukung pun kadang2 boleh terlepas kan," balas Fasha.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: