26 January 2022

"SAYA OKAY SAHAJA!" SEJUJURNYA MEMANG LUCU..." - ANUAR ZAIN TAK KECIL HATI ATU BERLAWAK TIRU GAYANYA



"Ya saya pernah nampak orang post dan bercakap mengenai perkara ini di media sosial. Saya okay sahaja! Sejujurnya memang lucu bila tonton video itu dan semua orang pun suka... bagi saya lawak yang Atu lakukan itu sangat menarik, melucukan dan saya pun terhibur.

"Saya rasa ia satu penghargaan sebab orang masih ingat kita, maksudnya karier saya bukan di sini sahaja tapi ada orang memanjang-manjangkan. Saya ucapkan all the best untuk Atu dan semoga menjadi seorang pelawak berjaya," kata penyanyi Anuar Zain tak berkecil hati apabila pelawak Atu daripada kumpulan Zero meniru gaya dan suaranya semasa membuat persembahan pentas sehingga mencuit hati netizen di laman sosial.

Nampaknya bukan peminat sahaja yang terhibur, rupa-rupanya penyanyi lagu 'Sedetik Lebih' itu juga mengakui sudah menonton gelagat Atu meniru gaya dirinya sebelum ini. Anuar, 52, menyifatkan Atu seorang yang kreatif dan berjaya menyampaikan sesuatu lawak dengan begitu baik.

Pada Ahad lalu, tular video Atu meniru gaya nyanyian Anuar Zain di sebuah majlis yang dianjurkan oleh pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin. Ia bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Atu juga pernah beberapa kali melakonkan watak Anuar Zain semasa di pentas Maharaja Lawak Mega.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: